Nama | : Siti Nur Afifah Binti Mohamad Senusi |
Umur | : 17 tahun |
Ahli | : 2024 |
Latar belakang
Siti Nur Afifah merupakan pelajar sekolah menengah yang mula mendaftar menjadi ahli NADI Kampung Gemang pada tahun 2024. Beliau mengambil pendekatan dengan mendaftar diri dalam program khas DiLea bagi meningkatkan pencapaian akademik serta memanfaatkan platform pembelajaran digital yang disediakan oleh NADI.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Siti Nur Afifah merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang mempunyai minat mendalam terhadap ilmu pengetahuan serta keazaman yang tinggi untuk meningkatkan kemahiran pembelajarannya. Sebelum menyertai program ini, beliau tidak pernah mengikuti sebarang kelas tuisyen berbayar.
Menyedari keperluan untuk menambah baik keupayaan diri, Siti Nur Afifah telah mengambil inisiatif mendaftar sebagai peserta Kelas DiLea Bimbingan Live Class Tingkatan 5 anjuran NADI. Kelas ini dikendalikan secara dalam talian dan memberi penekanan kepada cara menjawab soalan dan jenis-jenis soalan peperikasaan mengikut kertas soalan peperiksaan.
Selain itu, beliau turut menyertai kelas webinar berkala subjek Bahasa Melayu, yang memberikan pendedahan tambahan terhadap teknik penulisan dan pemahaman teks. Terbaharu, Siti Nur Afifah juga mengikuti Open Live Class Tingkatan 5, sebuah program pembelajaran yang memberi fokus kepada empat mata pelajaran utama bagi persediaan peperiksaan.
Melalui penyertaan dalam program-program ini, Siti Nur Afifah telah mempelajari pelbagai teknik menjawab soalan dengan tepat dan betul serta dapat mengenalpasti jenis soalan bagi setiap bahagian di kertas soalan peperiksaan. Beliau juga dibimbing untuk melatih diri menjawab soalan dan kuiz daripada tenaga pengajar.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas menyertai kelas-kelas tersebut, Siti Nur Afifah menunjukkan peningkatan yang ketara dari segi kefahaman terhadap subjek teras serta keyakinan dalam menjawab soalan peperiksaan. Beliau lebih cekap dalam mengurus masa belajar, mampu merancang jadual ulang kaji dengan lebih sistematik, dan menunjukkan perubahan positif dalam disiplin diri.
Penguasaan beliau terhadap teknik menjawab soalan juga semakin mantap, terutamanya dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah. Siti Nur Afifah kini lebih mahir mengenal pasti kata kunci dalam soalan, membina rangka jawapan dengan teratur, serta memberi jawapan berdasarkan kehendak soalan sebenar.
Di samping itu, beliau turut memperlihatkan peningkatan dalam aspek pembelajaran kendiri, di mana beliau mampu mengulang kaji secara konsisten tanpa bergantung sepenuhnya kepada guru. Penyertaan aktif dalam sesi soal jawab dan perbincangan kumpulan juga telah meningkatkan kemahiran komunikasi dan keyakinan diri beliau.
Keseluruhannya, program ini telah membantu membentuk Siti Nur Afifah menjadi pelajar yang lebih berdikari, fokus dan bersedia untuk menghadapi cabaran akademik yang lebih tinggi.
Pendekatan pembelajaran aktif yang diterapkan dalam kelas secara atas talian turut meningkatkan tahap fokus dan daya tumpuan Siti Nur Afifah semasa menelaah bahan pelajaran, sekaligus meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran secara kendiri.





