| Nama | : Muhamad Aqil Farhan Bin Mohd Nazri |
| Umur | : 13 tahun |
| Ahli | : 2024 |
Latar Belakang
Muhamad Aqil Farhan Bin Mohd Nazri merupakan pelajar sekolah menengah dan mula mendaftar menjadi Ahli NADI Kampung Gemang pada tahun 2024 dengan hasrat untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam matapelajaran teras. Beliau mengambil pendekatan dengan mendaftar diri dalam program khas Dilea bagi meningkatkan pencapaian akademik serta memanfaatkan platform pembelajaran digital yang disediakan oleh NADI.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Muhamad Aqil Farhan merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang mempunyai minat mendalam dalam bidang akademik, khususnya Matematik dan Sains, serta keinginan yang tinggi untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam subjek tersebut. Sebelum penglibatannya dalam program ini, beliau tidak mempunyai pengalaman formal mengikuti kelas tambahan atau program pembelajaran terarah dalam kedua-dua subjek ini.
Bagi mengembangkan minat dan bakatnya dalam Matematik dan Sains secara lebih berfokus, Muhamad Aqil Farhan telah menyertai kelas Open Tuition anjuran Dilea, yang merangkumi sesi pembelajaran interaktif, latihan soalan, serta perkongsian tips dan strategi belajar daripada tenaga pengajar berpengalaman.
Melalui program ini, beliau bukan sahaja didedahkan dengan teknik penyelesaian soalan yang berkesan dan strategi menguasai konsep subjek, tetapi turut memperoleh pendedahan tentang pengurusan masa ketika belajar, disiplin kendiri, serta peluang untuk meningkatkan prestasi akademik secara berterusan.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan NADI
SSelepas penglibatannya dalam kelas anjuran Dilea, Muhamad Aqil Farhan menunjukkan komitmen dan semangat belajar yang tinggi dalam subjek Matematik dan Sains. Beliau telah diberikan tanggungjawab untuk memimpin sesi kumpulan belajar, yang membantu rakan-rakan sekelas memahami konsep dan menyelesaikan soalan latihan dengan lebih berkesan.
Sebagai pemimpin kumpulan, beliau memainkan peranan penting dalam merancang strategi pembelajaran, membina semangat kerjasama antara rakan sekelas, serta memastikan setiap peserta bersedia dari segi pemahaman konsep sebelum menghadapi latihan atau peperiksaan.
Penyertaan Muhamad Aqil Farhan dalam sesi tutorial interaktif, webinar pembelajaran, dan perkongsian tip belajar atas talian turut memberi banyak manfaat kepadanya. Antaranya termasuk peningkatan kemahiran komunikasi, pengurusan masa, dan pemikiran kritikal ketika menyelesaikan soalan yang mencabar. Beliau juga lebih memahami pendekatan belajar yang berkesan, disiplin kendiri, dan strategi untuk meningkatkan prestasi akademik.
Program ini bukan sahaja mengasah minat dan bakat beliau dalam Matematik dan Sains, malah membentuk keperibadian yang lebih bertanggungjawab, proaktif, dan mampu memimpin rakan sekelas secara efektif.





