mcmc
Laporan Aktiviti

CARE – KANSER PARU-PARU: TANDA AWAL, RAWATAN DAN PELUANG

Tarikh: 13 Februari 2026
Masa: 10.30 Pagi – 11.30 Pagi
Lokasi: NADI Kampung Gemang
Peserta: Belia

Tujuan

  • Program NADI Care bertujuan untuk meningkatkan kesedaran peserta mengenai tanda awal kanser paru-paru, pilihan rawatan yang tersedia serta kepentingan pengesanan awal bagi meningkatkan peluang pemulihan.

Aktiviti

  • Peserta didedahkan dengan simptom seperti batuk berpanjangan, sesak nafas dan penurunan berat badan serta faktor risiko termasuk merokok dan pendedahan asap berbahaya.
  • Penceramah menerangkan kaedah rawatan seperti pembedahan, kemoterapi, radioterapi dan terapi sasaran secara umum.
  • Peserta diberi ruang untuk bertanya soalan dan mendapatkan maklumat tentang langkah pencegahan serta kepentingan pemeriksaan kesihatan berkala.

Gambar disini