| Tarikh | : 12 Februari 2026 |
| Masa | : 3.00 Petang – 4.30 Petang |
| Lokasi | : NADI Kampung Gemang |
| Peserta | : Belia Kampung Gemang |
Tujuan
- Program Cybersecurity yang memberi pengetahuan dan kemahiran asas kepada peserta dalam mengenal pasti fail berpotensi virus serta mengambil langkah pencegahan bagi melindungi peranti dan data peribadi.
Aktiviti
- Peserta didedahkan kepada jenis fail berisiko seperti malware, ransomware dan fail phishing serta contoh situasi sebenar.
- Penceramah menunjukkan cara menyemak sambungan fail (file extension), sumber muat turun, mesej e-mel mencurigakan dan penggunaan antivirus.
- Peserta mempraktikkan langkah asas seperti mengimbas fail, mengemas kini sistem keselamatan dan mengelakkan muat turun daripada sumber tidak sah.