| Tarikh | : 7 Februari 2026 |
| Masa | : 4.00 Petang – 5.00 Petang |
| Lokasi | : NADI Kampung Gemang |
| Peserta | : Pelajar |
Tujuan
- Program E-Sukan yang dilaksanakan di NADI merangkumi Program Kesedaran dan membantu meningkatkan kesedaran tentang e-sukan, juga mendidik peserta mengenai aspek-aspek penting dalam dunia e-sukan seperti Pengurusan Masa, Kesihatan Fizikal dan Mental, Strategi Permainan, Kerjaya dalam E-Sukan dan Kemahiran Sosial peserta.
- Topik Webinar: Kesihatan Fizikal Pemain E-Sukan
Aktiviti
- Penerangan tentang kesan bermain e-sukan dalam jangka masa panjang terhadap tubuh badan seperti keletihan mata, sakit belakang, pergelangan tangan dan postur badan.
- Perkongsian tentang kepentingan senaman ringan, rehat mencukupi, pemakanan seimbang dan pengurusan masa bagi pemain e-sukan.
- Aktiviti praktikal seperti senaman regangan (stretching) dan teknik duduk yang betul semasa bermain bagi mengurangkan risiko kecederaan.