mcmc
Laporan Aktiviti

ESPORT – PODCAST – EPISOD 14: PERJALANAN DALAM E-SUKAN

Tarikh: 25 Februari 2026
Masa: 4.30 Petang – 5.00 Petang
Lokasi: NADI Kampung Gemang
Peserta: Pelajar

Tujuan

  • Memberi pendedahan kepada para peserta untuk memahami industri e-sukan dengan lebih mendalam serta melihat potensi sebenar bidang ini sebagai laluan kerjaya masa hadapan.

Aktiviti

  • Para peserta diperkenalkan kepada tetamu jemputan, Encik Aiman Amirul, atau lebih dikenali sebagai ManParang, yang kini merupakan E-Sports Director di MAQNA E-Sports.
  • Dalam sesi perkongsian ini, beliau menceritakan pengalaman bermula sebagai pemain kompetitif sehingga beralih ke peranan pengurusan dan kepimpinan dalam organisasi e-sukan.
  • Penceramah berkongsi permulaan kerjaya sebagai pemain profesional, peralihan daripada pemain kepada pengurusan, cabaran dan realiti industri e-sukan dan juga memberi nasihat kepada generasi muda yang berminat dalam bidang ini

Gambar disini