| Tarikh | : 14 Februari 2026 |
| Masa | : 8.30 Pagi- 9.30 Pagi |
| Lokasi | : NADI Kampung Gemang |
| Peserta | : Pelajar |
Tujuan
- Memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas keusahawanan serta strategi berniaga dengan berkesan bagi membantu mereka memahami cara memulakan dan mengembangkan perniagaan.
Aktiviti
- Penceramah berkongsi pengalaman dalam bidang perniagaan serta menerangkan ciri-ciri usahawan yang berjaya.
- Peserta didedahkan dengan teknik mempromosikan produk, menarik pelanggan dan meningkatkan jualan terutamanya semasa musim bazar.
- Peserta berpeluang bertanya soalan serta berkongsi idea berkaitan perniagaan bagi mendapatkan panduan dan inspirasi daripada penceramah.