| Tarikh | : 4 Mac 2026 |
| Masa | : 3:00 Petang – 4.30 Petang |
| Lokasi | : NADI Kampung Gemang |
| Peserta | : Belia |
Tujuan
- Program Mahir diadakan bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam konsep pertanian pintar melalui penggunaan sistem vertical farming, automasi, teknologi IoT serta pengurusan nutrien dalam sistem aeroponik.
Aktiviti
- Peserta didedahkan dengan prinsip asas pertanian moden, kelebihan sistem bertingkat serta peranan automasi dalam meningkatkan hasil tanaman.
- Penceramah menerangkan bagaimana sensor, pemasa automatik dan pemantauan digital digunakan untuk mengawal air, cahaya dan nutrien dalam sistem aeroponik.
- Peserta mempelajari kaedah penyediaan larutan nutrien, pemantauan pH dan langkah penyelenggaraan sistem bagi memastikan pertumbuhan tanaman yang optimum.