mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X CYBERSECURITY – PERLINDUNGAN SIBER DAN ANCAMAN PENGGODAM

Tarikh: 10 Mei 2025
Masa: 10.00 pagi – 11.30 pagi
Lokasi: NADI Kampung Gemang
Peserta: Pelajar sekolah

Tujuan

  • Untuk memastikan keselamatan data peribadi, mencegah ancaman penggodaman, dan mendidik pelajar mengenai risiko dalam talian.
  • Untuk membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menghadapi dunia digital yang semakin kompleks.
  • Untuk meningkatkan kesedaran pelajar mengenai ancaman keselamatan siber dan memupuk sikap positif serta beretika ketika menggunakan internet.

Aktiviti

  • Peserta diberikan penerangan seperti adab dalam talian, keseimbangan masa penggunaan internet, buli siber, media sosial, dan kewarganegaraan digital.
  • Peserta diberikan penerangan mengenai keselamatan siber dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk melindungi diri mereka dalam dunia digital.
  • Peserta dibimbing untuk memahami Two-Factor Authentication (2FA).