mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2025 – DiLea – Nur Damia Ardini Binti Mohd Faisal

PELAJAR DILEA

Nama: Nur Damia Ardini Binti Mohd Faisal
Umur: 17 tahun
Ahli: 2024

Latar belakang

Nur Damia Ardini merupakan pelajar sekolah menengah yang mula mendaftar menjadi ahli NADI Kampung Gemang pada tahun 2024. Beliau mengambil pendekatan dengan mendaftar diri dalam program khas DiLea bagi meningkatkan pencapaian akademik serta memanfaatkan platform pembelajaran digital yang disediakan oleh NADI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Nur Damia Ardini merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang mempunyai minat mendalam dalam pembelajaran serta keinginan yang tinggi untuk meningkatkan kemahiran belajar. Sebelum penglibatannya dalam program ini, Nur Damia Ardini tidak mengikuti sebarang kelas tuisyen berbayar. Bagi mempertingkatkan keupayaan pembelajarannya secara efektif, Nur Damia Ardini telah mendaftar sebagai peserta dalam Kelas Program Khas DiLea yang dianjurkan oleh NADI. Program ini dikendalikan secara dalam talian oleh tenaga pengajar, Encik Osman Affan.

Dalam kelas tersebut, Nur Damia Ardini didedahkan dengan pelbagai teknik pembelajaran termasuk teknik penulisan nota yang sistematik dan kaedah menghafal yang berkesan. Selain itu, topik pembelajaran juga merangkumi strategi pengurusan masa, teknik mengenal pasti isi penting dalam bahan pelajaran, serta pendekatan pembelajaran aktif yang bertujuan meningkatkan daya ingatan dan fokus pelajar semasa sesi pembelajaran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas penglibatan Nur Damia Ardini dalam Kelas Program Khas DiLea yang dianjurkan oleh NADI, beliau telah menunjukkan peningkatan yang sangat ketara dalam kemahiran pembelajaran serta sikap terhadap pelajaran.

Teknik-teknik pembelajaran yang dipelajari seperti penulisan nota yang tersusun dan kaedah menghafal yang sistematik telah membantu Nur Damia Ardini untuk memahami isi kandungan pelajaran dengan lebih mendalam dan mengingatinya dalam jangka masa yang lebih lama.

Selain itu, penguasaan teknik pengurusan masa yang efektif membolehkan Nur Damia Ardini merancang jadual belajar dengan lebih teratur, sekali gus meningkatkan produktiviti waktu belajarnya. Pendekatan pembelajaran aktif yang diterapkan dalam kelas secara atas talian turut meningkatkan tahap fokus dan daya tumpuan Nur Damia Ardini semasa menelaah bahan pelajaran, sekaligus meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran secara kendiri.

Keseluruhan pengalaman pembelajaran ini juga telah memupuk rasa yakin diri Nur Damia Ardini untuk menghadapi pelbagai cabaran akademik dengan lebih bersedia dan bersemangat. Oleh itu, penglibatan Nur Damia Ardini dalam program ini telah memberi impak positif yang signifikan terhadap pencapaian akademiknya serta memantapkan kemahiran belajar yang akan digunakannya sepanjang pengajian di peringkat yang lebih tinggi.