USAHAWAN NADI
Nama | : Hasni Binti Mat Seman |
Umur | : 41 tahun |
Ahli | : 2023 |
Latar belakang
Hasni Binti Mat Seman merupakan seorang suri rumah yang memulakan perniagaan menjual arang tempurung kelapa pada tahun 2015. Beliau mula hadir ke NADI Kampung Gemang dan mendaftarkan diri menjadi ahli NADI pada tahun 2025.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum menyertai program NADI, beliau menjalankan perniagaan arang secara bersemuka dan mempromosikan produk arang melalui jaringan kenalan rapat beliau sahaja. Pada ketika itu, beliau belum pernah mengikuti sebarang kursus atau latihan dalam bidang keusahawanan. Beliau mula mengambil pendekatan dan peluang dengan menghadiri secara aktif Kelas Keusahawanan yang diadakan secara atas talian di NADI Kampung Gemang.
Melalui kelas keusahawanan yang dijalankan, beliau telah diberi pendedahan dan bimbingan yang komprehensif merangkumi aspek strategi membina model perniagaan, teknik pemasaran yang berkesan, perancangan kewangan yang bijak serta pengurusan operasi perniagaan. Penerapan ilmu ini membantu beliau memahami asas-asas penting dalam pengurusan dan pembangunan sesebuah perniagaan secara sistematik dan berdaya saing.
Beliau juga turut terpilih untuk menghadiri Bootcamp 2025 yang diadakan buat pertama kali di IBIS Styles Kota Bharu iaitu pada 5 & 6 Mei 2025. Beliau dibimbing untuk membuat perancangan perniagaan mereka yang merangkumi aspek status perniagaan, cabaran dan perancangan masa depan perniagaan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas menyertai Program NADI, peningkatan hasil pembelajaran beliau dapat dilihat dengan ketara.
Beliau bukan sahaja memperoleh kefahaman yang lebih mendalam dalam bidang keusahawanan, malah berjaya mengaplikasikan ilmu yang dipelajari ke dalam perniagaan arang yang dijalankan.
Melalui pendedahan kepada strategi membina model perniagaan, teknik pemasaran yang berkesan, perancangan kewangan yang bijak serta pengurusan operasi perniagaan, beliau mampu menyusun semula halatuju perniagaannya dengan lebih teratur dan berfokus.
Selain itu, penglibatan aktif beliau dalam Bootcamp 2025 telah memperkukuh kemahiran perancangannya, khususnya dalam mengenal pasti cabaran, menetapkan matlamat perniagaan, serta merangka strategi pembangunan perniagaan jangka panjang. Hasil daripada pembelajaran ini, beliau kini lebih yakin, sistematik dan bersedia untuk mengembangkan perniagaannya ke tahap yang lebih tinggi.







