| Nama | : Muhd Amar Bin Sa-man |
| Umur | : 16 tahun |
| Ahli | : 2025 |
Latar Belakang
Muhd Amar merupakan pelajar sekolah menengah yang mula mendaftar menjadi ahli NADI Kampung Gemang pada tahun 2025. Beliau mula aktif hadir ke NADI setelah menyertai Pertandingan Mobile Legends peringkat saringan di NADI sehingga layak ke peringkat negeri. Beliau telah menyertai pertandingan Moble Legends Musim pertama sehingga musim ketiga di NADI.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Muhd Amar merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang mempunyai minat mendalam dalam bidang e-sukan dan selalu bermain mobile legends bersama kawan – kawannya dalam kelompok yang kecil. Sebelum menyertai program Esport di NADI, beliau tidak mempunyai sebarang pengalaman rasmi dalam pertandingan e-sukan secara besar-besaran mahupun pendedahan kepada program yang berkaitan dengan e sukan tersebut.
Untuk mengembangkan bakat beliau, Muhd Amar telah mengambil bahagian dalam Program Khas E-Sukan anjuran NADI yang merangkumi penyertaan dalam pertandingan Mobile Legends serta pelbagai aktiviti seperti webinar, podcast, dan kelas kesedaran berkenaan dunia e-sukan.
Melalui penglibatan dalam program ini, beliau turut menerima pendedahan daripada pakar dan penceramah berpengalaman berkaitan etika pemain, pengurusan masa ketika bermain serta potensi kerjaya dalam bidang e-sukan. Pada masa yang sama, beliau juga mempelajari kepentingan kerja berpasukan dan strategi permainan yang lebih berkesan.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan NADI
Selepas menyertai program anjuran NADI, Muhd Amar kini aktif dalam menyertai semua jenis pertandingan yang diadakan di NADI. Beliau turut menunjukkan tahap komitmen dan ciri kepimpinan beliau dalam pasukan. Beliau telah menyertai Pertandingan Mobile Legends peringkat Saringan Musim Pertama kemudiannya diberi tanggungjawab sebagai ketua pasukan GG Taya yang bertanding dalam pertandingan Mobile Legend peringkat saringan Musim Kedua dan Ketiga di NADI Kampung Gemang.
Selain itu, beliau turut aktif menyertai sesi webinar kesedaran e-sukan dan podcast secara dalam talian yang mana turut memberi banyak manfaat, termasuk peningkatan kemahiran komunikasi, pengurusan masa, serta kemampuan berfikir secara kritikal ketika berdepan cabaran dan tekanan pertandingan. Disamping itu juga, beliau kini sedar akan kepentingan etika dalam permainan digital, keselamatan siber, serta peluang kerjaya dalam industri e-sukan.
Beliau juga turut menyertai Pertandingan Mobile Legends Raya yang diadakan baru-baru ini di NADI Kampung Gemang sempena Program Bazar Raya pada 14 Mac 2026 yang melibatkan pertandingan antara 4 kumpulan Mobile Legends dan team GG Taya beliau telah menjuarai pertandingan tersebut.











