| Nama | : Hasni Binti Mat Seman |
| Umur | : 42 tahun |
| Ahli | : 2023 |
Latar Belakang
Hasni Binti Mat Seman merupakan suri rumah. Beliau mula hadir ke NADI Kampung Gemang dan mendaftarkan diri menjadi ahli NADI pada tahun 2023 dengan hasrat ingin belajar Kemahiran iaitu dalam bidang masakan, fotografi dan pertanian pintar melalui Program Mahir di NADI.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum menyertai Program Mahir anjuran NADI, Puan Hasni merupakan seorang suri rumah dan tidak mempunyai asas pengetahuan atau pengalaman formal dalam belajar secara atas talian dan belum pernah mengikuti sebarang kursus Kemahiran sebelum ini. Setelah menyedari kepentingan kemahiran ini dalam kehidupan seharian serta sebagai potensi menjana pendapatan, Puan Hasni mengambil inisiatif untuk menyertai Program Mahir Masak Intake 1. Sepanjang penglibatannya dalam program ini, Puan Hasni telah didedahkan kepada pelbagai kemahiran masakan seperti air moktail, kopi, roti bun, burger, biskut, tart, pie quiche, sos perapan dan lain-lain lagi Kemahiran masakan.
Selain itu, beliau juga turut mendaftar kelas Mahir Foto Intake ke-2 setelah berjaya menghabiskan kelas Mahir Masak. Dalam kelas Mahir Foto, beliau belajar tentang asas fotografi, mobilegrafi, lens & setting kamera smartphone, studio lighting, suntingan gambar dan content creation.
Penyertaan beliau dalam program Mahir Intake 1 & intake 2 tersebut telah meningkatkan keyakinan dan minat beliau untuk terus belajar bidang lain lagi. Justeru itu, beliau mendaftarkan diri untuk menyertai kelas Mahir Pertanian Pintar Intake ke-3 pada tahun 2026. Beliau telah memulakan kelas pertama Mahir Pertanian Pintar pada 15 Januari 2026 dan menunggu untuk kelas seterusnya.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan NADI
Selepas menghadiri kelas-kelas di NADI, Puan Hasni menunjukkan peningkatan yang jelas dari segi kemahiran dan keyakinan diri. Beliau kini mampu mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam aktiviti harian. Perubahan ini turut membantu beliau menjadi lebih yakin untuk mencuba perkara baharu tanpa rasa ragu atau takut gagal.
Dari aspek kemahiran praktikal, Puan Hasni berjaya menguasai pelbagai teknik masakan dan penyediaan produk makanan, di samping memahami asas pengurusan kerja yang lebih teratur. Melalui kelas Mahir Foto pula, beliau mampu mengambil gambar yang lebih kemas dan menarik menggunakan telefon pintar, memahami sudut, pencahayaan serta melakukan suntingan asas bagi menghasilkan kandungan yang sesuai untuk tujuan promosi dan perkongsian di media sosial.
Secara keseluruhannya, penyertaan dalam program-program di NADI telah membuka minda Puan Hasni terhadap kepentingan kemahiran digital dan kemahiran berasaskan teknologi. Beliau kini lebih bermotivasi untuk terus belajar, berusaha meningkatkan kemahiran diri dan melihat ilmu yang diperoleh sebagai peluang untuk menjana pendapatan serta memperbaiki taraf kehidupan keluarga.














