| Nama | : Nur Kamilia Felisha Binti Muhamad Khusaymy |
| Umur | : 11 tahun |
| Ahli | : 2024 |
Latar belakang
Nur Kamilia Felisha merupakan seorang pelajar sekolah yang telah mendaftar sebagai Ahli NADI Kampung Gemang pada 29 November 2024 dengan tujuan untuk menimba ilmu asas dan strategi dalam memulakan perniagaan secara atas talian
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum Kamilia menyertai Kelas Usahawan Cilik Kidventure, Kamilia tidak pernah mengikuti mana-mana kelas keusahawanan cilik seperti yang dianjurkan di NADI Kampung Gemang. Walaupun beliau sudah ada minat untuk menjual sejak kecil, pengetahuan tentang cara sebenar menjalankan perniagaan masih sangat terbatas kerana statusnya sebagai seorang pelajar sekolah yang masih belum faham konsep asas perniagaan. Minatnya hanya sekadar keinginan tanpa arah yang jelas. Namun, selepas menyertai Kelas Usahawan Cilik Kidventure, beliau mula mendapat gambaran yang lebih jelas tentang dunia perniagaan. Dalam modul Pengenalan kepada Dunia Keusahawanan, Kamilia didedahkan kepada maksud sebenar perniagaan, jenis-jenis perniagaan yang wujud serta diberikan contoh-contoh mudah yang disampaikan dengan bahasa yang ringkas dan disertakan dengan gambaran video yang menarik. Kaedah penyampaian yang interaktif ini menjadikan Kamilia lebih mudah memahami walaupun masih di peringkat sekolah.
Seterusnya, dalam modul Pemasaran & Operasi Perniagaan, beliau dibimbing untuk mengenal pasti cara mudah melakukan pemasaran serta langkah awal dalam operasi perniagaan kecil. Melalui contoh praktikal, Kamilia belajar bagaimana sesuatu perniagaan itu boleh dimulakan dengan modal yang rendah seperti membuat dan menjual ais krim Malaysia. Aktiviti ini memberikan pengalaman sebenar bagaimana menghasilkan produk, memasarkannya dan melihat potensi keuntungan walaupun pada skala kecil.
Selain itu, melalui modul Perancangan Kewangan, Kamilia turut didedahkan kepada kepentingan mengurus wang sejak usia muda. Aktiviti seperti permainan interaktif “Keperluan vs Kehendak” mengajarnya untuk membezakan barang yang perlu didahulukan dalam bajet berbanding kehendak yang boleh ditangguhkan. Melalui simulasi menabung, beliau belajar mengurus wang saku bulanan dengan cara bijak iaitu membahagikan kepada simpanan, perbelanjaan dan hiburan. Lebih menarik lagi, Kamilia menyertai Kuiz Kewangan Digital yang mengajarnya tentang cara menggunakan e-wallet secara selamat dan kepentingan menabung pada usia muda.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas menyertai Kelas Usahawan Cilik Kidventure di NADI Kampung Gemang, Kamilia menunjukkan perubahan yang positif dalam pengetahuan dan keyakinan diri. Beliau kini bukan sahaja memahami maksud sebenar perniagaan, malah mampu memberi contoh-contoh mudah tentang jenis perniagaan yang sesuai dengan usia pelajar sekolah. Kamilia juga semakin yakin untuk berbincang tentang idea perniagaan kecil bersama rakan sebaya kerana kaedah pembelajaran yang interaktif dan mudah difahami telah memberikan pengalaman yang menyeronokkan.
Dari aspek kemahiran, Kamilia telah mempelajari cara mudah memulakan perniagaan melalui aktiviti praktikal seperti membuat dan menjual ais krim Malaysia. Pengalaman ini memberinya peluang merasai sendiri bagaimana sesuatu produk boleh dipasarkan dan diuruskan walaupun pada skala kecil. Selain itu, beliau lebih peka terhadap kepentingan mengurus kewangan apabila berjaya mengaplikasikan ilmu daripada permainan interaktif “Keperluan vs Kehendak” serta simulasi menabung. Kini, Kamilia tahu bagaimana cara membahagikan wang saku bulanan untuk simpanan, perbelanjaan harian dan hiburan.
Selain itu, melalui Kuiz Kewangan Digital, beliau juga lebih celik tentang penggunaan teknologi kewangan seperti e-wallet dengan cara yang selamat. Keseluruhannya, penyertaan Kamilia dalam program ini menjadikan beliau lebih bersedia, berdisiplin dan bersemangat untuk mencuba langkah awal dalam dunia keusahawanan. Minatnya terhadap perniagaan kini semakin mendalam kerana telah disokong dengan ilmu, bimbingan serta pengalaman praktikal yang diperoleh di NADI.





