mcmc
Kisah Kejayaan

Q4 2024: KEUSAHAWANAN – MASTINI BINTI MOHAMAD

USAHAWAN NADI 2024

Nama: Mastini binti Mohamad
Umur: 42 Tahun
Ahli: 27 Jun 2022

Latar belakang

Mastini Binti Mohamad adalah seorang surirumah yang memulakan perniagaan menjual tudung dan pakaian sebagai sumber pendapatan sampingan, dan telah mendaftar sebagai Ahli NADI Kg Gemang pada 27 Jun 2022. Beliau menyertai NADI Kg Gemang dengan tujuan untuk mempelajari cara menjual produk secara dalam talian dengan panduan daripada petugas NADI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum Puan Mastini menyertai Kelas Keusahawanan di NADI, beliau tidak memiliki kedai dalam talian. Untuk meningkatkan jualan tudung dan pakaian, Mastini memilih untuk menjadi Usahawan NADI Kg Gemang bagi mempelajari cara berniaga secara atas talian menggunakan platform Shopee. Beliau mula aktif menghadiri Kelas Keusahawanan yang dianjurkan oleh NADI.

Di dalam kelas tersebut, Puan Mastini diberi pendedahan dan diajar cara-cara untuk melakukan perbankan atas talian, mendaftar akaun Shopee, membina kedai Shopee, memuat naik produk, serta memahami setiap fungsi pemasaran di platform tersebut. Selain daripada kelas Shopee, beliau turut belajar cara menyunting gambar poster produk tudung dan pakaian menggunakan portable mini studio.

Puan Mastini juga diperkenalkan dengan platform media sosial lain, iaitu TikTok. Beliau dibimbing untuk mendaftar akaun TikTok, membuka Kedai TikTok, serta menghasilkan video dengan penambahan subtitle untuk mempromosikan produk.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas Puan Mastini mula belajar di NADI Kg Gemang, terdapat banyak peningkatan positif dalam pengetahuan beliau mengenai perniagaan atas talian di Shopee. Beliau juga semakin mahir dalam menggunakan aplikasi seperti Canva, TikTok, dan Shopee.

Selain itu, Puan Mastini turut aktif menyertai program-program keusahawanan di NADI serta giat menghasilkan video produk untuk menarik minat pelanggan membeli barang jualannya.