Laporan Aktiviti

STEM : Magic Flower Blooming – Absorption & Diffusion

Tarikh : 13 Februari 2024
Masa : 10.30 pagi -11.30 pagi 
Lokasi : PEDi Kg Gemang
Peserta : Pelajar 

Tujuan

  • Memberi peluang kepada para peserta untuk memahami bagaimana proses penyerapan dan penyebaran air berlaku pada kertas dengan menggunakan model bunga kertas.
  • Membimbing para peserta untuk memahami dan membuat pemerhatian yang teliti proses penyerapan dan penyebaran air yang berlaku dengan melihat pada proses pergerakan bunga kertas membuka kelopak bunganya. .

Aktiviti

  • Petugas memberi penerangan tentang apa itu proses penyerapan dan penyebaran air.
  • Petugas memberi penerangan tentang bagaimana untuk membuat bunga kertas dan cara untuk melipat kelopak bunganya.
  • Petugas menunjukkan cara untuk membuat bunga kertas membuka kelopak bunganya dengan meletakkan bunga kertas pada air.
  • Para peserta diberikan sesi untuk mengaplikasikan topik pembelajaran dengan meletakkan bunga kertas masing – masing.
  • Para peserta membuat pemerhatian pada pergerakan kelopak bunga kertas terbuka.
  • Para petugas membantu para peserta menjayakan eksperimen bunga kertas mereka.

Gambar disini